Posted by : Unknown Sunday, November 24, 2013

Pengarah Hampir Tumbuk Zizan Nin
Bukanlah dia mendiamkan diri sebaliknya dia sibuk dengan kerja dan drama lakonannya sekarang banyak disiarkan di RTM. Yalah Brader pun sibuk jugak tak banyak masa nak nonton TV.
Masa bersembang dengan Zizan baru-baru ini terkeluarlah cerita pasal dia hampir kena tumbuk gara-gara menberi saranan kepada seorang pengarah demi memperbaiki mutu drama lakonannya. Eh! Kes teruk tu… apasal pulak pengarahtu nak marah kalau teguran demi kebaikan. Agaknya dia rasa tercabar kut bila pelakon tegur.
“Saya tegur bila nampak adegan yang cuba dipaparkan itu tidak masuk akal. Misalnya seorang lelaki yang buta huruf mengirim surat kepada seorang wanita yang dia suka. Macam mana seorang yang buta boleh tulis dengan tulisan yang cantik lagi.
“Ada lagilah yang saya tegur… bukan apa,kita tegur untuk kebaikan, tapi hasilnya saya hampir kena tumbuk,” jelas Zizan.
Sebab itulah dia enggan mempromosikan drama tersebut kerana menjangkakan ia sebuah drama yang teruk bila ditayangkan nanti. Macam-macam hal lahkan? – Ais Kosong

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -