Posted by : Unknown Thursday, November 7, 2013

Pierre Andre Memang Cari Hantu Di Highland Tower
KUALA LUMPUR : Pelakon dan pengarah filem, Pierre Andre mengaku bahawa filem Highland Tower pada asalnya adalah satu misi yang bertujuan untuk mencari hantu yang sebenarnya dan bukanlah dibuat untuk filem.

“Saya rasa, saya lebih layak digelar penyusun cerita berbanding pengarah untuk filem ini. Sejujurnya, ia bukanlah dibuat untuk diterbitkan untuk dijadikan filem.

“Ia pada asalnya bertujuan untuk membuat satu dokumentari. Bagaimanapun, selepas menyusun semual VT yang dirakam oleh krew, ia lebih sesuai dijadikan filem.

“70 peratus daripada VT yang penonton lihat adalah visual yang asal tanpa ada suntingan. Manakala, 30 peratus yang lain adalah tambahan dan lakonan semula bagi menguatkan lagi jalan cerita sebenar filem ini,” katanya.

Menjelaskan mengenai pembikinan filem ini, Pierre mengatakan pihak produksi hanya mengambil masa lima hari penggambaran saja.

“Setiap skrip yang ada dalam filem ini adalah luahan kata jujur daripada pelakon. Tiada tokok tambahnya.

“Saya rasa takut buat filem ini kerana banyak benda dan cabaran yang kami lalui. Nak buat lagi satu, terpulang kepada jumlah kutipan lagi,” jawab dalam nada ketakutan.

Dalam pada itu, pihak terbitan filem ini iaitu MIG (Metrowealth) menerima laporan bahawa ada penonton di rasuk dan histeria selepas menonton filem berkenaan di pawagam.

Oleh itu, pihak MIG telah menasihatkan kepada mereka yang lemah semangat supaya tidak menonton filem tersebut demi keselamatan masing-masing. – Murai

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -