Posted by : Unknown Thursday, November 7, 2013


Fara Fauzana

PETALING JAYA - Pengacara Nona yang juga penyampai radio Media Prima Berhad Fara Fauzana diarahkan untuk bercuti daripada bertugas sebagai deejay selepas mengalami masalah suara sejak awal Oktober ini.

Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil, 33, berkata, dia mengalami masalah yang dikenali sebagai gangguan ‘saraf vokal’ membuatkan suaranya menjadi serak dan kasar.

“Masalah ini sudah lama berlaku dan ia semakin serius sejak kebelakangan ini. Ketika mendapatkan rawatan, doktor menasihati saya untuk bercuti selain kurangkan bercakap agar masalah berkenaan tidak bertambah serius,” katanya dipetik mStar Online.

Fara memberitahu, dia mendapat cuti sakit dari 9 sehingga 23 Oktober dan seterusnya menyambung cuti tahunan sehingga Ahad ini.

Jelas Fara, pakar perubatan yang ditemuinya memberitahu terdapat jangkitan pada bahagian kerongkongnya sehingga kadangkala sukar untuk dia ‘mengeluarkan’ suara ketika berkomunikasi.

Kata Fara yang juga dikenali dengan panggilan FaFau, selain bergelar deejay dan juga pengacara, dia banyak melakukan aktiviti menggunakan suaranya selepas waktu bekerja seperti melakukan rakaman ‘Panggilan Hangit’ dan juga juru acara majlis-majlis tertentu.

“Doktor kata penggunaan suara saya melebihi waktu kerja menyebabkan saya mengalami masalah saraf vokal ini tetapi ia tidak begitu serius sebaliknya saya perlu melakukan terapi dalam tempoh yang ditetapkan.

“Yalah... selama ni kalau saya bercuti kerja di Hot FM, saya bekerja pula di TV. Jadi, saya banyak menggunakan suara,” katanya.

Selain kurangkan bercakap Fara juga mengelak mengambil minuman bergas serta makanan-makanan pedas agar penyakit berkenaan tidak terus berpanjangan.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -