Posted by : Unknown Saturday, November 9, 2013




KUALA LUMPUR 8 Nov. - Pelakon Rabecca Nur Al-Islam Ahmad, 27, hari ini memenangi tuntutan saman ke atas Rumah Karya Citra (M) Sdn. Bhd. milik penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima.

Rebecca sebelum ini meneruskan saman terhadap Erma selaku pengarah drama bersiri Dejavu Di Kinabalu, kerana produksi tersebut gagal menjelaskan baki bayaran lakonannya sebanyak 40 peratus pada tahun lalu.

"Alhamdullilah untuk kemenangan ini. Terima kasih kepada peguam saya serta saksi perbicaraan ini, saya percaya Allah sentiasa berada di pihak yang benar," katanya yang diwakili oleh Azam, Idzham, Azman & Partner.

Drama bersiri Dejavu Di Kinabalu diterbitkan 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis, mulai 18 Jun dan berakhir pada 31 Julai 2012 lalu. Selain Rabecca, drama tersebut turut dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Aqasha dan Nazim Othman. - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -