Posted by : Unknown Friday, November 15, 2013

Rabecca Nur Al Islam meminta agar pihak Erma Fatima berhenti dari terus memfitnah dirinya di laman sosial seperti Twitter, Instagram dan sebagainya.

Rabecca Nur Minta Henti Segala Cerita Fitnah

Menerusi satu sidang media yang diaturkan oleh Rabecca, beliau menyatakan bahawa sidang media ini merupakan sidang media terakhir yang dianjurkan olehnya untuk memperkatakan mengenai perkara ini.

"Selepas sidang media ini, saya enggan lagi mengulas mengenai perkara ini kerana bagi saya, cukuplah. Saya tidak akan lagi menjawab mengenai isu ini selepas sidang media ini," ulas finalis Dewi Remaja 2006 ini.

Rabecca juga menegaskan bahawa isu ini sudah pun selesai kerana ianya telah pun dibawa ke mahkamah. Katanya lagi, semuanya telah dibicarakan di sana dan sepatutnya tiada lagi isu berbangkit.

"Saya tak kisah jika pihak sebelah sana ingin membuat rayuan mengenai kes ini di mahkamah, tetapi bukan dengan cara berkata mengenai saya menerusi laman sosial. Saya buat sidang media untuk meminta pihak di sebelah sana agar berdiam dan jangan fitnah saya mengenai isu disiplin. Ianya bagai meletakkan pasir dalam periuk nasi saya," ulas Rabecca.

Sebelum membawa kes ini ke mahkamah, Rabecca memberitahu dia telah cuba berbincang dengan Erma untuk menyelesaikan perkara ini, namun gagal. Jelasnya, dia tidak akan membawa perkara ini ke mahkamah sekiranya perkara ini boleh diselesaikan.

"Saya tidak akan membawa perkara ini ke mahkamah sekiranya perkara ini boleh dibawa berbincang. Apabila usaha saya gagal, saya membawa perkara ini ke peringkat yang seterusnya dengan merujuk kepada peguam saya," sahut Rabecca lagi.

Mengulas mengenai kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh adik Erma Fatima, Betty Rahmad di akaun Instagramnya, Rabecca menyifatkan tujuan Betty melakukan sedemikian adalah kerana Betty mahu dikenali di Instagramnya.

"Maaf cakap, tapi dia tidak dikenali. Dia mahu kenalkan diri di Instagram saya, jadi dia berbuat demikian," kata Rabecca.

Rabecca mengambil tindakan saman terhadap syarikat produksi milik Erma Fatima, Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd di sekitar bulan Julai lalu kerana syarikat tersebut gagal melunaskan baki bayaran lakonannya sebanyak 40 peratus untuk drama 'Dejavu Di Kinabalu' yang pernah disiarkan menerusi slot Akasia, TV3.

Pada Jumaat 8 November lalu, Rebecca yang diwakili oleh Azam, Idzham, Azman & Partner telah memenangi tuntutan saman tersebut. Mahkamah majistret Kuala Lumpur mengarahkan Erma mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca sebanyak 40 peratus berserta lima peratus faedah daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya.

#Mungkin ini yang dimaksudkan oleh Rabecca....

Rabecca Nur Minta Henti Segala Cerita Fitnah
Kebanyakan link Insta diatas telah dipadam oleh Erma Fatima

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -