Posted by : Unknown Friday, November 15, 2013

Tahniah diucapkan kepada pasangan Yasmin Hani dan suami kerana telah menerima kehadiran orang baru, bayi lelaki pada awal pagi 12 November 2013. Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Yasmin menerusi laman Instagaram beliau.

"Alhamdullilah, After nine months of construction, our little project is complete.. On the morning of the 12th of November 2013, we welcome with great joy into our home and into our hearts our little baby boy."
Gambar - Yasmin Hani Selamat Lahirkan Bayi Lelaki
Gambar - Yasmin Hani Selamat Lahirkan Bayi Lelaki
Gambar Bayi Yasmin Hani

“Saya terlalu gembira dan jatuh cinta pada anak kecil ini. Alhamdulillah, bayi saya berada dalam keadaan sihat dan itu yang paling penting sekali. Saya rasa tak sabar nak bawa anak pulang dan menjalani proses berpantang. Terima kasih kepada peminat yang tak putus-putus berdoa serta memberi kata-kata semangat kepada Hani menerusi Instagram, Twitter dan juga Fan Page Hani,” kata Hani.

Ketika ditanya mengenai nama anaknya, Yasmin memberitahu tidak dapat berkongsi lagi buat masa ini kerana sudah terikat dengan perjanjian bagi program terbitan syarikat produksi milik suaminya sendiri, Blublack Productions Sdn Bhd berjudul Celebrity Maternity.

“Nama kena tunggu kami daftar dulu namun Hani tidak dapat berkongsi lagi kerana sudah mengikat kontrak dengan Astro. Program ini akan memaparkan dari awal proses kehamilan Hani sehinggalah Hani selamat bersalin,” ujar Hani lagi.

Untuk info, Yasmin Hani berkahwin dengan gitaris kumpulan Black Rose, Sha’arin Razali pada 21 Oktober 2011 di Duchess Place, Jalan Ampang.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -