- Back to Home »
- artis »
- Shila Amzah Akui Tertipu Dengan Cinta Johan As’ari?
Posted by : Unknown
Friday, November 29, 2013
KL : Terkejut beruk Murai Batu saat membaca berita di sebuah akhbar mengenai pengakuan hati pelakon, Johan As’ari yang dia kini sedang bercinta dengan pelakon seksi, Lana Nordin dan berhasrat untuk mengahwini wanita itu tidak lama lagi.
Rasa bagai tak percaya pula, mana taknya, Murai Batu rasa seperti baru sahaja melihat Johan As’ari dengan penyanyi yang dikaitkan bercinta dengannya iaitu Shila Amzah mesra menghadiri sebuah majlis bersama-sama.
Mengapa begitu cepat berubah ya? Oh mungkin ini yang orang kata kalau dah jodoh tak kan ke mana kan? Murai Batu harap hubungan cinta mereka ini bukanlah sandiwara atau apa dan berharap Johan benar-benar hendak mengahwini Lana.
Tapi, bagaimana pula dengan hubungan Johan dan Shila Amzah? Yelah, walaupun mereka berdua tidak pernah mengaku bercinta tapi dari apa yang digambarkan dalam Instargam masing-masing mereka tidak berubah seperti pasangan kekasih.
Patutlah sejak minggu lalu, Murai Batu perasan dalam laman sosial Twitter Shila Amzah, dia seperti meroyan mengenai sesorang. Dari tafsiran Murai Batu dia seperti tertipu dengan sikap seseorang. Malah dia memberitahu biar lambat tahu daripada tak tahu langsung.
Tertipu? Tahu apa? Murai Batu pun baru terfikir ianya seperti ada kaitan dengan Johan.
Malah, Shila menulis lagi dalam Twitter miliknya dia perlu “terus hadapi dengan senyuman, walau apa jua ujian, tetap akan jalan kedepan, guna kewarasan akal”
Kalau betullah status itu dituju kepada Johan, adakah Shila rasa tertipu dengan hati budi Johan yang selama ini melayannya seolah-oleah seperti kekasihnya tetapi sebenarnya tidak?
Macam tu pulak dah? Dulu masa betul-betul bercinta Murai Batu lihat Shila bukan main tutup mulut tapi bila dah putus ni Murau Batu rasa baik Shila diamkan jugak lah, kan lebih elok begitu. Sekarang ni daripada orang tak tau, terus semua orang jadi tahu, buat penat sahaja nak cover line dulu tuh kan?
Entahlah, Murai Batu pun tak tahu nak cakap apa lagi tapi Murai Batu harap jika benar Shila dan Johan selama ini bercinta dan kini sudah pun putus, Murai Batu Cuma boleh nasihatkan Shila semoga terus tabah hadapi semua ini.
Mungkin ada hikmah dengan apa yang berlaku. – Murai