Posted by : Unknown Monday, November 11, 2013

BERCINTA atau tidak? Ramai berteka-teki mengenai hubungan sebenar penyanyi Shila Amzah dengan pelakon Johan As‘ari. Ada yang dakwa memang sah kedua-duanya bercinta apalagi selepas masing-masing kembali solo selepas kegagalan hubungan cinta lalu.
Sebelum Johan, semua orang tahu bagaimana kemaruknya cinta Shila dan Sharnaaz Ahmad sehinggalah timbulnya konflik dan kedua-duanya putus sekitar awal tahun ini.

Sekarang timbul gosip yang mendakwa anak penyanyi N.D. Lala ini sedang hangat menjalin cinta dengan aktor yang popular dengan drama Juvana itu.

Tidak mengiya, tidak menafikan, Shila ketika ditanya Pancaindera mengenai status hubungannya dengan Johan bagaimanapun lebih selesa bersandar pada hubungan seorang sahabat.

Kata penyanyi lagu Patah Seribu ini, dia lebih senang untuk tidak meletak sebarang status sebelum berkahwin.

Turut mengaku bahawa itu adalah berdasarkan pengalaman pahitnya sebelum ini, kata anak sulung daripada empat beradik ini, dia juga mahu menjaga batas pergaulan.

“Bukan sahaja saya, Johan juga kerap ditanya soalan yang sama. Apa yang boleh saya cakap, saya memang rapat dengan dia. Lagipun kami dah kenal lama. Sejak empat tahun lalu dan saya selesa bersahabat dengan dia.

“Saya tak mahu meletakkan status bercinta atau tidak sebab bagi saya perkataan cinta itu sendiri adalah suci.

“Selagi tidak berkahwin maka tak perlulah letak sebarang status. Saya berkawan dengan semua orang namun saya akui paling rapat dengan Johan," katanya.

Menurut Shila, antara sebab lain mengapa dia lebih suka dengan keadaan begitu kerana enggan kejadian lama berulang lagi.

“Biarlah hubungan itu berlangsung dengan natural tanpa dipaksa-paksa. Saya pun tak nak jadi macam dulu.

“Saya tak suka cinta itu dimain-mainkan dan nampak mudah. Saya pun tak nak cakap benda yang sia-sia bila akhirnya hubungan itu tak menjadi," katanya penuh makna.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -