Posted by : Unknown Friday, November 15, 2013

Tidak sampai dua bulan selepas kejadian beberapa keping siling runtuh di kaunter wad bersalin Hospital Serdang pada 30 September lalu, kejadian yang sama berulang lagi di hospital berkenaan hari ini.

Terkini - Siling Hospital Serdang Runtuh Lagi

Kali ini kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi melibatkan runtuhan beberapa keping siling berukuran kira-kira 3x3 meter di Wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan kepada jururawat bertugas dan pesakit yang dirawat dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Pengarah Hospital Serdang, Datuk Dr. Ardi Awang ketika dihubungi berkata, sebelum kejadian, pihaknya sudah pun mengenal pasti tanda-tanda kerosakan pada siling di wad tersebut dan perkara itu dalam proses pembaikan.

"Kami baharu sahaja bermesyuarat semalam bagi membincangkan urusan membaiki siling di hospital ini setelah mendapat peruntukan baru-baru ini. Namun secara kebetulan siling itu jatuh pagi tadi," katanya.

Sebelum ini, pada 13 Ogos 2012, tiga jururawat dan seorang pegawai perubatan wanita di Unit Jabatan Kecemasan cedera setelah 15 keping siling di situ runtuh.

Siling Hospital Serdang Runtuh
Keadaan Siling Hospital Serdang Yang Runtuh Pada Tahun 2012
Pada 30 Januari 2011, kejadian runtuhan siling berukuran keluasan kira-kira 10 meter nyaris menghempap sembilan orang awam sejak hospital itu beroperasi pada Disember 2005.

Difahamkan, kejadian siling runtuh di hospital berkenaan dipercayai berlaku lebih 10 kali melibatkan Zon Merah di Jabatan Kecemasan dan Trauma, bahagian X-Ray, forensik, lobi, klinik pakar serta wad hospital.

Tambah Ardi, proses pembaikan siling di seluruh hospital berkenaan akan dilakukan secepat mungkin.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -