Posted by : Unknown Tuesday, November 26, 2013

Syazwan Zulkifly
PETALING JAYA: Pelakon Syazwan Zulkifly mengakui mempunyai hubungan rapat dengan aktres jelita Tasha Shila, 26, dan sudah lama mengenali wanita tersebut.
Syazwan, 26, berkata, dia mengenali Tasha sejak di zaman persekolahan lagi melalui seorang rakan.
"Ya... kami memang rapat dan kami selalu keluar bersama namun ditemani dengan rakan-rakan lain juga, hanya kadang-kala saya ada mengambilnya di rumah.
"Sebenarnya dari zaman sekolah lagi saya sudah kenal Tasha, cuma ketika itu tidak begitu rapat kerana dia adalah kawan kepada kawan yang lain," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Tasha Shila
Syazwan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang khabar angin daripada sumber terdekat tentang hubungan mesra yang terjalin antara kedua-dua pelakon ini.
Tambah Syazwan, selepas zaman persekolahan masing-masing sibuk dengan kerja sehingga bertemu semula ketika terlibat dalam sebuah drama yang sama iaitu Gemilangpada dua tahun lalu.
"Saya tidak sangka dia pun terlibat dalam drama Gemilang ketika itu, sejak itu juga kami berhubung semula.
"Baru-baru ini juga sepatutnya saya dan Tasha bergandingan untuk sebuah telemovie berjudul Terukir Di Bintang namun terdapat kesilapan teknikal yang menyebabkan saya terpaksa menarik diri pada saat akhir," katanya.
Bagaimanapun, jelasnya, hubungan tersebut sekadar teman rapat dan tidak lebih daripada itu.
Dalam perkembangan lain, Syazwan bakal keluar dengan filem terbaharunya berjudulLaga pada 23 Januari depan.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -