Posted by : Unknown Tuesday, November 26, 2013

Izreen Azminda
PETALING JAYA: Pelakon Izreen Azminda, 28, mengakui tidak berasa malu untuk tampil di khalayak dengan tubuh badan yang berisi.
Izreen berkata, selepas melahirkan anak sulung, Muhammad Adrian Umar pada 13 Julai lalu, berat badannya masih belum mencapai tahap yang ideal.
Bagaimanapun kerana tidak sabar untuk kembali berlakon, dia sanggup muncul di televisyen walaupun belum langsing seperti yang diharapkan.
"Sebelum melahirkan Adrian, berat saya mencapai 80 kilogram (kg), tetapi selepas pantang saya berjaya menurunkan sehingga 66 kg dan masih cuba untuk mencapai ke berat yang ideal iaitu 55 kg.
"Tetapi sudah hampir setahun saya tidak bekerja dan selepas bersalin, rasa teruja pula untuk kembali berlakon sehinggakan saya tidak kisah untuk tampil berisi di khalayak walaupun kebanyakan artis perempuan akan memastikan mereka langsing dahulu sebelum mula kerja," katanya.
Tambah Izreen, dia juga lebih bersemangat untuk memulakan kerja apabila suaminya, Mohammad Riza Baharuddin turut memberikan sokongan dan galakan.
Bagaimanapun Izreen berkata, dia kini tidak lagi memilih watak-watak antagonis yang terlalu ekstrim seperti melibatkan aksi-aksi ranjang atau berpelukan kerana ingin menjaga statusnya sebagai isteri dan ibu.
"Memang awal-awal lagi suami dah pesan, nak berlakon boleh, tetapi janganlah pilih watak yang boleh menjejaskan nama keluarga satu hari nanti.
"Alhamdulillah, pihak penerbit tidak lagi melihat saya hanya boleh membawa watak jahat semata-mata tetapi mereka memberi peluang untuk saya mencuba pelbagai karakter," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Izreen dicalonkan sebagai pelakon Pembantu Terbaik menerusi drama Perempuan Itu Ibu bagi Anugerah Skrin 2013 (ASK2013).

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -