Posted by : Anas Nazri Tuesday, November 26, 2013

vila

Susulan polemik yang ditimbulkan Villa Nabila, banyak pihak didapati mendapat idea untuk membuat keuntungan daripadanya.
Antaranya ura-ura filem seram berkenaan tentang banglo terbiar itu oleh penerbit filem prolifik, David Teo.
Dan terbaru, seorang pereka dari kedai iPrintings yang terletak di Taman Perbadanan Islam, Johor Bahru pula tampil dengan idea menghasilkan kemeja-t, seluar dan topi yang diinspirasikan daripada lokasi keras berkenaan.
Menurut pereka terlibat, kemeja-t yang akan dikeluarkan berwarna hitam dan didatangkan dengan tulisan memperolokkan insiden yang berlaku melibatkan Villa Nabila, baru-baru ini.
16 November lalu, seorang budak disangkakan hilang setelah memasuki Villa Nabila bersama rakan-rakannya.
Bagaimanapun siasatan mendapati, perkara ini tidak benar dan budak berkenaan ditemui dalam keadaan selamat di rumah rakannya.
Kisah ini bagaimanapun sempat menimbulkan kegemparan satu negara.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -