Posted by : Anas Nazri Tuesday, November 19, 2013

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat jangkitan dada.

Tun Mahadir Masuk IJN, Jangkitan Dada

Menurut satu kenyataan daripada pejabat beliau, Dr Mahathir telah disahkan mempunyai jangkitan dada dan kini sedang menjalani rawatan serta fisioterapi.
  
"Pasukan perubatan sedang memantau keadaan beliau dan berpuas hati dengan kemajuannya," menurut kenyataan itu.
  
Dr Mahathir, yang kini berusia 88 tahun, dijangka berada di IJN untuk beberapa hari bagi membolehkan pasukan perubatan memantau perkembangan lanjut beliau termasuk sesi fisioterapi dan senaman.
  
Doktor menasihatkan beliau tidak menerima pelawat kecuali anggota keluarga.  - Bernama

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -