Posted by : Anas Nazri Friday, November 1, 2013

Tiga Jemaah Haji Baru Tiba Di Tanah Air Maut Dalam Kemalangan Ngeri
KUANTAN : Tiga jemaah haji maut manakala tiga parah termasuk pemandu, selepas van yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori di Km210.2 Lebuh raya Pantai Timur menghala ke Kuantan dekat sini, awal pagi tadi.
Mangsa yang terbunuh ialah penumpang hadapan, Kamarudin Ab Rahman, 43, dari Permatang Badak dan dua penumpang belakang, Zainab Awang Hassan, 59, dari Kampung Seri Teruntum dan Fatimah Said, 63, dari Kampung Rozali dekat Jalan Gambang di sini.
Pemangku Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata dua lagi penumpang dan pemandu van itu mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.
“Nahas jam 3.40 itu berlaku semasa van yang membawa lima jemaah haji terbabit dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) menuju ke Kuantan.
“Dipercayai di tempat kejadian, van itu telah merempuh bahagian belakang lori muatan bijih besi terbabit yang berada di lorong kiri jalan.
“Ekoran itu, ketiga-tiga mangsa mati di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan,” kata Zainalabidin kepada pemberita.
Beliau berkata mangsa yang terbunuh dihantar ke hospital yang sama untuk bedah siasat dan keluarga semua mangsa kemalangan telah dimaklumkan. – BERNAMA

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -