Posted by : Unknown Monday, November 18, 2013

Usaha seorang ibu tunggal berjalan 500 meter menghantar anaknya yang parah dan tidak sedarkan diri dipercayai akibat didera dari Kampung Seberang Jertih ke pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), di sini, ternyata sia-sia apabila anaknya disahkan meninggal dunia, kelmarin.

Usaha Ibu Berjalan 500 Meter Gagal Selamatkan Nyawa Anak Kena Dera

Puteri Nur Qristina Balqis Abdullah, 3, disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Besut selepas dihantar anggota JPAM ke hospital, jam 8 malam.

Allahyarham bersama ibunya, Nur Farah Ain Adila Che Ariffin, 23, yang tinggal dengan keluarga angkat di Kampung Seberang Jertih, di sini, meninggal dunia selepas cedera parah dan lebam di dahi, pipi, belakang serta bawah mata kanan.

Pengurusan Hospital Besut kemudian menghantar jenazah mangsa ke Hospital Kemaman jam 11 pagi semalam untuk dibedah siasat oleh pakar forensik yang didatangkan dari Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Sementara itu, Hasima Abdullah, 44, yang juga ibu angkat Nur Farah Ain berkata, dia langsung tidak menyedari kejadian berkenaan meskipun berlaku di rumahnya.

“Tiba-tiba saja dia (Nur Farah Ain) meminta saya menemaninya ke pejabat JPAM untuk membawa anaknya yang ketika itu tidak bermaya.

“Saya tidak mengetahui mengapa Puteri tidak sedarkan diri dan mengalami lebam di beberapa bahagian badan,” kata ibu tunggal kepada lima anak itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

“Polis menerima aduan dibuat pembantu pegawai perubatan Hospital Besut Mohd Irwadie Kamaruddin di Balai Polis Jertih.

“Mangsa tinggal bersama ibunya, janda berasal dari Johor, di rumah keluarga angkat mereka di Kampung Seberang Jertih sejak setahun lalu.

“Ibu mangsa juga tidak mempunyai pekerjaan tetap,” katanya.

Menurutnya, kes masih dalam siasatan dan polis masih menunggu hasil bedah siasat pakar forensik.

#Admin berharap penjenayah ini ditahan dan diberi hukuman setimpal dengan perbuatannya. Admin juga berharap, gambar dibawah (yang mula tersebar dilaman sosial) bukanlah kanak-kanak malang seperti diatas, harap beliau sembuh cepat seperti sediakala....sedih sungguh dengan kekejaman manusia sekarang.

Salah seorang kanak-kanak mangsa kekejaman manusia berhati binatang

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -