Posted by : Unknown Saturday, November 23, 2013


Umum sudah mengetahui bahawa pelakon dan pengarah Pierre Andre telah pun berhijrah ke arah yang lebih baik dengan mendalami ilmu agama.
Pierre juga kini lebih tertumpu di bidang belakang tabir dengan mengarahkan filem-filem terbitan Metrowealth (MIG) seperti Highland Tower dan terbaru, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!
Pelakon kelahiran Kuala Lumpur ini mengakui pelakon cameo filem tersebut iaitu Ustaz Azhar Idrus merupakan salah satu sebab yang menyumbang kepada faktor penghijrahannya.
“Dia seorang pendakwah yang hebat dan saya sendiri banyak mengikuti ceramahnya terutamanya di sekitar Kuala Lumpur. Ceramahnya berpengaruh dan menjadi antara penyebab perubahan diri saya,” katanya memetik laporan Harian Metro, hari ini.
Filem ke-86 terbitan MIG ini membariskan pelawak Shahrul Shiro dan Ajak Shiro yang membawakan watak pemuda yang tidak mempunyai haluan hidup dan tiada pegangan agama tetapi sepakat untuk kembali ke pangkal jalan selepas beberapa insiden.
Oleh: AUDREY LEE

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -