Posted by : Unknown Sunday, November 10, 2013

Video : Panggilan Hangit Untuk Zara Zya
Setelah reda demam Cinta Jannah, kini mesti ramai wanita di luar sana sedang demamkan drama Love You Mr. Arrogant (LYMA) pula kan?
Maklum sahaja, jalan cerita tersebut bukan sahaja romantis, malah penuh dengan adegan-adegan lucu yang dibawakan oleh watak utamanya, Zafriel Irham lakonan Azlee Khairi dan Zaara Amirah (Zara Zya).
Justeru itu, bagi menghangatkan lagi sambutan penonton terhadap drama LYMA, awal pagi tadi, stesen radioHot FM telah menjemput Zara Zya untuk hadir ke konti mereka bagi sama-sama memeriahkan lagi segmen AM Krew.
Video : Panggilan Hangit Untuk Zara Zya
Reaksi Zara sewaktu mendengar semula panggilan hangit untuk dirinya
Umum tahu, Hot FM memang terkenal dengan segmen panggilan hangit mereka dan sering mengenakan pendengar serta artis-artis tempatan.
Oleh itu, sempena kehadiran Zara di konti Hot FM, stesen radio tersebut telah mengambil peluang yang ada untuk mengenakan pelakon wanita itu menerusi panggilan hangit yang disampaikan oleh seorang pendengar mereka yang dikenali sebagai Encik Adam.
Menerusi panggilan tersebut, Encik Adam telah bertanyakan soalan cepu emas kepada Zara berbunyi :
Dah berlakon dengan Azlee Khairi ni kan, Cik Zara tengok Azlee tu macam mana? Dia ada tak macam ciri-ciri lelaki idaman Cik Zara?
Ha.. apakah jawapan yang diberikan oleh Zara? Ada ke tidak? Kalau nak tahu, jom kita dengar sedutan panggilan hangit tersebut selepas ini :
Sumber : Facebook Hot FM

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -