Posted by : Unknown Sunday, November 10, 2013

Foto: Hanis Zalikha Anggun Berbusana Pengantin
Rasanya sudah agak lama tidak melihat Hanis Zalikha beraksi sebagai model sejak dirinya semakin popular menjadi pelakon dan pengacara.
Namun baru-baru ini, selebriti wanita yang digosipkan bercinta dengan pelakon Hairul Azreen ini kembali memberikan gaya yang cukup cantik untuk sebuah sesi penggambaran foto.
OHBULAN! difahamkan Hanis merupakan model yang dipilih oleh pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat untuk menggayakan busana pengantin terbaru rekaannya yang dikenali sebagai Céleste.
Gabungan antara solekan natural dan kreativiti Annas Easkey dalam mengambil gambar memberi kelebihan kepada Hanis untuk menyerlahkan lagi sentuhan magis terhadap gaun koleksi Céleste.
Foto: Hanis Zalikha Anggun Berbusana Pengantin
Tidak dinafikan wajah Hanis yang sememangnya cantik dan pengalaman sebagai model sebelum ini juga antara penyumbang terbesar kepada hasil foto yang mengagumkan.
OHBULAN! percaya Hatta Dolmat mampu menarik ramai pelanggan di kalangan bakal pengantin sebaik sahaja kesemua koleksi terbarunya dilancarkan nanti.
Untuk semua pembaca OHBULAN!, di sini kami sertakan beberapa keping foto dan video yang dirakam sepanjang penggambaran untuk tatapan anda.
Kredit foto: Instagram Hanis Zalikha, Hatta Dolmat & Annas Easkey

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -