Posted by : Unknown Monday, November 18, 2013

[Video] Tangisan Faizal Ismail Di Hari Terakhirnya Di Konti Hot FM
 BARU-BARU ini merupakan hari terakhir buat penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI bersama stesen radio tersebut.
FBI membuat keputusan meletakkan jawatan selepas menggalas tugas di radio berkenaan hampir lapan tahun.
Konti Hot FM pagi ini diselubungi suasana sedih apabila FBI mula mengucapkan terima kasih kepada Hot FM yang diiringi dengan tangisan pada segmen Hot FM Am Krew.
Rakan penyampainya, Fara Fauzana dan Syarifah Aleya turut mengalirkan air mata.
“Saya boleh katakan, naiknya nama saya kerana dia (Hot FM) sudah pun berada di atas ketika itu. Saya sangat-sangat terhutang budi dengan dia.
“Terima kasih banyak-banyak kepada keluarga Hot FM yang sangat-sangat hebat bagi saya. Saya terhutang budi kepada mereka selama lapan tahun saya bersama dengan mereka,” kata FBI yang dipetik dari laman sosial Instagram Hot FM. – MyNewsHub

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -