Posted by : Unknown Friday, November 15, 2013

Pagi Selasa lalu, Yasmin Hani telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki menerusi pembedahan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur dan pelakon ini mengakui kini sudah jatuh cinta dengan pengalaman bergelar seorang ibu.
“Saya tak tahu bagaimana nak ungkapkan secara terperinci perasaan ini selepas dua hari bergelar ibu. Selain seronok dan bersyukur dengan kelahiran ini, yang pasti sekarang saya menjadi taksub pada anak ini,” ujar Yasmin Hani melalui Harian Metro.
Yasmin Hani turut memberitahu yang beliau ketika ini tidak dapat memberikan apa apa butiran lanjut tentang identiti anak sulungnya itu kerana terikat dengan perjanjian untuk sebuah program berjudul Celebrity Maternity di Astro.
“Kami memang sudah ada nama pilihan namun tak dapat didedahkan dulu berikutan kontrak berkenaan sudah diikat. Saya minta maaf tak dapat nak kongsi nama, gambar atau butiran lanjut bayi itu kerana semuanya akan didedahkan secara eksklusif dalam program itu nanti”
Menjadi trend nampaknya wajah dan nama bayi para selebriti menjadi rahsia sehinggalah muncul di kaca televisyen. Sebelum ini ianya menjadi pilihan pasangan selebriti Farid Kamil & Diana Danielle untuk muncul eksklusif di TV. (rtky/m)

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -