Posted by : Unknown Friday, November 15, 2013

Sebelum ini terdengar desas-desus yang mengatakan bahawa Zain tidak akan menjemput para media untuk menghadiri upacara perkahwinannya bersama dengan aktres jelita, Rozita Che Wan. Bertemunya di sidang media Oh My Ganu! Zain telah mengulas berkaitan dengan isu tersebut.
“Sebenarnya saya menjemput semua media untuk datang ke majlis perkahwinan kami, cuma apa yang saya ingin maklumkan di sini hanya wartawan sahaja dibenarkan untuk membuat liputan, jurukamera telah kami sediakan pada majlis yang akan berlangsung nanti,” ujarnya.
Zain turut memberitahu bahawa dia sedikit cemas dan agak gabra apabila semakin dekat upacara perkahwinan yang dijadualkan akan berlangsung pada sekitar Disember ini.
“Sekarang ini saya agak cemas, pelbagai perasaan yang wujud menjelang tiba hari perkahwinan kami. Saya rasa bahagia, gembira, cemas dan sebagainya,” ujarnya berseloroh.
Persiapan perkahwinannya sudah 70% hampir selesai di mana segala barangan hantaran sudah diaturkan dan Zain juga turut berkongsi jumlah sebanyak RM100,000 dari pihaknya dan sebanyak RM100,000 juga dari pihak Rozita Che Wan dalam menjayakan majlis perkahwinan mereka ini.
“Setakat ini hampir 70% persiapan kami yang sudah diselesaikan seperti barangan hantaran, dan persiapan-persiapan yang lain. Cuma yang belum diselesaikan ialah tarikh dan lokasi yang sesuai untuk diadakan majlis perkahwinan ini, kerana saya khuatir musim persekolahan kebanyakan kawan-kawan kami bercuti bersama keluarga di luar negara dan agak sukar untuk mereka datang pula ke majlis kami. Lagi satu perkara yang lain ialah kalau boleh saya ingin mencari lokasi yang luas dan besar untuk memuatkan lebih ramai orang yang datang ke majlis kami,”.
“Saya dan Rozita turut berbelanja hampir RM200,000 untuk majlis kami ini, di mana saya dan dia mengeluarkan RM 100,000 setiap seorang,” katanya.
Sementara itu, Zain Saidin akan muncul dalam telemovie Oh My Ganu! yang akan disiarkan pada 27 November ini di saluran Astro TVIQ dan Astro Maya HD. (rtky/hfz)

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -