Posted by : Unknown Friday, November 22, 2013

Zed Zaidi Digugurkan Dari Jawatan Presiden Seniman
KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi pada Khamis telah memutuskan Mesyurat Agung Seniman Kali ke-14 Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang diadakan pada 25 Mei 2012 adalah tidak sah dan telah terbatal.
Keputusan itu secara automatiknya menyebabkan jawatan Presiden yang disandang Roszaidi Jamil atau Zed Zaidi gugur.
Laporan dari mStar Online, Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop mengarahkan, Mesyuarat Agung yang diadakan semula dalam tempoh dua bulan dari tarikh semalam (21 November 2015) yang akan dikendalikan Pertubuhan Pendaftar (ROS).
Keputusan itu merupakan susulan saman yang telah difailkan pada 25 Januari lalu oleh plaintif Abu Bakar Omar, S.Sahlan, Libnda Buang, Mior Ahmad Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani yang menamakan Seniman dan bekas presidennya, Harun Salim Bachik, Omar Kamarudin @ Yusof Kelana dan Wafa A. Kadir defendan pertama hingga empat.
Zed Zaidi, Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Syean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab) pula disenaraikan sebagai defendan kelima hingga kelapan dan mereka diwakili peguam Mohd Yusni Yussof, Suhaimi Saad dan Zahrin Ishak.
Rosilah turut memerintahkan agar kos perbicaraan RM60,000 dibayar kepada Seniman dalam tempoh sebulan oleh defendan kedua hingga kelapan.
Kesemua defendan tersebut juga perlu membayar kos ganti rugi khas sebanyak RM56,000 kepada plaintif.
Setakat ini belum ada lagi sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Zed Zaidi berhubung perkara itu.
Wakil Murai akan cuba menghubungi Zed Zaidi untuk mendapatkan kenyataan balas. – Murai

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -