Posted by : Unknown Saturday, December 21, 2013

Hanez Suraya Nafi Dakwaan Tiru Imej Fazura
HAI, kelakar betul bila bab tiru penampilan di kalangan artis menjadi isu besar!

Inilah yang berlaku apabila pelakon Hanez Suraya dikatakan cuba meniru gaya dan imej pelakon Nur Fazura.
Hanez Suraya Nafi Dakwaan Tiru Imej Fazura
Semuanya berpunca apabila Fazura memuatnaik gambar berunsur sindiran di laman Instagramnya beberapa ketika dahulu yang merujuk kepada seseorang yang dilabelnya sebagai ‘copycat’.
Biarpun dia tidak mendedahkan nama individu tersebut, ramai peminat yang membuat spekulasi sendiri dengan mengaitkan nama Hanez.

Melalui laporan Harian Metro, Hanez menafikan perkara itu dan menganggap ia sebagai sesuatu yang melucukan.

Bagaimanapun, dia tidak mahu memberikan sebarang komen kerana tidak mahu membesar-besarkan perkara ini.

Kami pun agak pelik sebenarnya kerana jika dilihat imej Fazura, rasanya berjuta-juta wanita lain di dunia mempunyai gaya yang hampir sama.

Sedangkan Lady Gaga pun tak kecoh walaupun imejnya gila-gilanya dijadikan inspirasi oleh ramai artis Hollywood lain termasuklah pelakon kita, Didie Alias.
Macam-macam hal… – MyNewsHub
Hanez Suraya Nafi Dakwaan Tiru Imej Fazura

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -