Posted by : Unknown Saturday, December 7, 2013

Tiga Lamborghini milik warganegara Singapura rentung terbakar dalam kemalangan di Kilometer 259 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dekat Seremban, pagi tadi.

Gambar- 3 Lamborghini Milik Warga Singapura Rentung Terbakar

Menurut sumber, ketika kemalangan mereka sedang berkonvoi dari negara  jiran itu ke Kuala Lumpur.
Gambar- 3 Lamborghini Milik Warga Singapura Terbakar

Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 pagi itu, kereta ketiga daripada lima kenderaan itu dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya sehingga menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta itu.

Gambar- 3 Lamborghini Milik Warga Singapura Terbakar

Akibat rempuhan itu, berlaku kebakaran melibatkan ketiga-tiga kereta itu.

Gambar- 3 Lamborghini Milik Warga Singapura Terbakar

Sementara itu, memetik laporan portal tempatan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, dua jentera bersama 14 anggota tiba kira-kira tujuh minit kemudian, tetapi tiga kenderaan terbabit telahpun hangus terbakar.

Gambar- 3 Lamborghini Milik Warga Singapura Terbakar

Bagaimanapun, katanya semua pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri. Lagi gambar seterusnya di bawah.







Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -