Posted by : Unknown Saturday, December 7, 2013

sharnaaz ahmad  saya rasa sentuhan nelydia senrose

KUALA LUMPUR, 5 DIS 2013: Selepas muncul dengan imej botak dalam filem Juvana, aktor, Sharnaaz Ahmad sekali lagi membotakan kepalanya demi drama bersiri yang dibintangi iaitu Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
Sharnaaz Ahmad berkata demi watak Jebat yang digalas, dia sanggup membotakkan kepada serta menaikkan berat badannya sejak beberapa bulan lalu.
“Ia satu penghormatan bagi saya bila diberi kepercayaan menghidupkan watak Jebat. Karakter jebat itu sendiri sangat dekat dengan saya. Bila saya baca skripnya, perjalanan ceritanya seperti ada kaitan dengan diri saya. Tapi drama ni bukan lah betul-betul kisah tentang saya.
“Malah, untuk drama ni saya dengan rela hati botakkan kepala dan menaikkan berat badan saya. Bagi nampak badan saya besar tetapi fit saya perlu ke gym setiap pagi sebelum ke set penggambaran,” katanya.
Drama berisiri 60 episod terbitan Pena Creative Sdn Bhd itu telah menggandingkannya dengan Nelydia Senrose.
Pertama kali bergadingan, Sharnaaz menyifatkan Nelydia seorang pelakon yang bagus dan mudah untuk mereka mendapatkan keserasian.
“Saya tak sangka Nely boleh pergi dengan sangat bagus. Dia punya lakonan memang diluar jangkaan saya. Sebagai contoh, bila dia sentuh saya, saya boleh rasa,”jelasnya.
Bukan Kerana Aku Tak Cinta arahan Jamal Khan menyoroti kisah romantik yang memaparkan kehidupan Jebat, seorang lelaki katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina berubah dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan.
Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.Namun segalanya berubah apabil dia bertemu dengan Mastura dan jatuh hati padanya. Tetapi mampukah dia membalas cinta Mastura?
Selain Sharnaaz dan Nelydia, drama 60 episod ini turut dijayakan barisan pelakon termasuklah Iqram Dinzly, Dato' Jalaludin Hassan, Lisdawati, Adeline Tse, Tony Uesoff dan ramai lagi. BKATC akan ditayangkan setiap Isin hingga Rabu mulai 9 Disember 2013, secara eksklusif di Mustika HD (saluran 134).

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -