Posted by : Unknown Wednesday, December 4, 2013

 Nampaknya hubungan mesra Aidil Zafuan, bekas suami pelakon Rita Rudaini dan seorang wanita bernama Zarema Zainal sebenarnya bukan perkara baru mahupun disorok lagi.

4 Gambar Mesra Aidil Zafuan & Zarema

Malah dikatakan kisah hubungan istimewa antara mereka berjaya dihidu umum sejak Aidil dan Rita mengalami keretakan rumah tangga lagi.

Kedua-dua pihak bagaimanapun dilihat menyembunyikan keakraban mereka meskipun beberapa gambar sebelum ini membuktikan mereka pernah meluangkan masa bersama dan turut tersebar di internet sebelum ini.

4 Gambar Mesra Aidil Zafuan & Zarema

Apa pun, Aidil kini sudah nyata bukan lagi suami orang setelah menjatuhkan talak ke atas Rita, 4 Ogos lalu. Setelah sekian lama bekas pasangan suami isteri ini berperang menerusi media dan naik turun mahkamah, mungkin inilah keputusan terbaik untuk mereka.

Malah selepas sah sudah status Aidil bukan lagi suami kepada Rita, pemain bola kebangsaan ini dilihat sudah makin terbuka mempamerkan hubungannya dengan Zarema.

4 Gambar Mesra Aidil Zafuan & Zarema

Hal ini dapat dilihat di laman Instagram Aidil yang tidak lagi cuba menyembunyikan gambar beliau bersama Zarema yang juga merupakan rakan baik pelakon popular, Nora Danish.

Mereka juga dilihat sama-sama menghadiri majlis hari lahir anak buah hati Nora Danish, Nedim Nazri.


Sekiranya benar Aidil dan Zarema mempunyai hubungan istimewa, harap-harap segeralah makan nasi minyak.  Dan jika mereka membina rumah tangga bersama selepas ini, pasti banyak boleh dipelajari oleh Aidil daripada pengalaman silamnya untuk dijadikan panduan.

Gambar Mesra Aidil Zafuan & Zarema

Apa yang penting, jangan dilupakan zuriatnya bersama Rita iaitu Airit Rafqa Arjuna dan Airit Rayyan Rizqin yang masih memerlukan perhatian seorang bapa dalam menjalani proses membesar.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -