Posted by : Unknown Wednesday, December 4, 2013

Laporan yang mengatakan pemain dram kumpulan rock popular Search, Yazid Ahmad, 52, meninggal dunia hanyalah khabar angin semata-mata.

Laporan Yazit Search Meninggal Dunia Hanya Khabar Angin

Menurut  vokalis Search, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi bin Abdul Rahman, 55, Yazid sudah mula membuka mata dan beliau menyangkal sama sekali khabar angin yang mengatakan Yazid sudah meninggal dunia.

“Berita terbaru Yazid sudah mula membuka matanya. M.Nasir call aku dan cakap ada budak nama dia Dino Gombak kata Yazit dah meninggal. Hanya berita angin semata."

“Jadi jangan percaya kepada khabar angin,” katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.

Yazid dilaporkan kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Johor kerana sesak nafas.

Yazit Search Meninggal Dunia Hanya Khabar Angin

Menurut anak perempuannya, Shikin, ayahnya telah mengadu sesak nafas sebelum dimasukkan ke ICU sekitar jam 5 pagi.

“Menurut doktor, ayah sesak nafas kerana keadaannya yang penat dan sekarang ayah masih lagi di bawah pemerhatian doktor,” katanya.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -