Posted by : Unknown Saturday, December 21, 2013

Aida Mohon Tak Salahkan Sesiapa Punca Cerai
Amiruddin Othman, suami kepada wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan pelakon Adi Putra mengaku telah menceraikan isterinya itu, dua hari lalu.

Perkara ini agak mengejutkan ramai memandangkan dia baru sahaja mengumumkan akan terus memperjuangkan kes melibatkan Adi demi menuntut keadilan.

Walaupun banyak spekulasi bertebaran disebabkan keputusan ini, Noraida Abd. Mutalib atau Aida pula dilihat lebih tenang.

Malah Aida dilihat mengemaskini status Instagram seperti biasa termasuk ‘risaukan’ jerawat di muka.
Aida Mohon Tak Salahkan Sesiapa Punca Cerai
Bagaimanapun selepas berita perceraiannya diketahui ramai, pada pengikut Instagram mula memberikan kata-kata sokongan dan meminta supaya dia bersabar lalu dibalas dengan ucapan terima kasih oleh Aida.
Aida Mohon Tak Salahkan Sesiapa Punca Cerai
Terbaru di laman Twitter, Aida dilihat mengulas tentang hal peceraiannya iaitu meminta supaya tidak ada sesiapa dipersalahkan.
Aida Mohon Tak Salahkan Sesiapa Punca Cerai
Dia turut mempertahankan bekas suaminya sebagai seorang yang baik dan bertanggung jawab.
Kita doakan yang terbaik buat semua pihak.
Apa pun sudah berlaku sama-samalah ambil pengajaran untuk jalani kehidupan yang lebih baik, mudah-mudahan. – MyNewsHub

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -