Posted by : Unknown Friday, December 6, 2013

Aril AF Nikah Pramugari 20 Disember Ini
Penyanyi dan penyampai radio Era FM, Khairil Azam Pilus, 28, atau Aril mendedahkan dia bakal diijabkabulkan dengan Puteri Erma Edlinda pada 20 Disember ini.

Menurutnya lagi, dia telah merisik kekasihnya yang merupakan seorang pramugari itu pada September lalu selepas empat bulan berkenalan.

“Majlis nikah nanti saya akan buat kecil-kecilan saja untuk keluarga dan rakan-rakan rapat. Saya terpaksa buat majlis nikah nanti secara sederhana dan tertutup atas permintaan keluarga,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Pasangan itu akan disatukan di kediaman Puteri, 27, di Wakaf Che Yeh, Kelantan.

Tahniah diucapkan buat Aril dan pasangan, semoga hubungan yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat. – MyNewsHub

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -