Posted by : Unknown Friday, December 6, 2013

Teman Wanita Paul Walker Tabah Dan Tanggungjawab
Kematian tragis aktor Paul Walker dalam sebuah kemalangan Sabtu lalu telah memberi satu tamparan hebat buat keluarga,teman rapat serta para peminatnya di seluruh dunia.

Namun insan yang paling sedih pada masa ini mungkin ialah teman wanita mendiang , Jasmine Pilchard-Gosnell,23.

Masih bergelar pelajar tahun akhir sebuah universiti di California, Jasmine dan mula bercinta ketika beliau berusia 16 tahun,manakala Paul,33.

Pasangan itu,telah menyulam cinta selama tujuh tahun dan hubungan mereka disifatkan oleh ahli keluarga masing-masing “mempunyai masa depan yang cerah”. Mereka juga pernah berbincang untuk memulakan kehidupan sebagai satu unit keluarga,apatah lagi Jasmine dikatakan begitu rapat dengan anak perempuan Paul,Meadow yang kini berusia 15 tahun.

Walaupun perbezaan umur mereka agak jauh iaitu 17 tahun,namun kedua-duanya mempunyai hubungan yang bahagia.

Bagaimanapun, kegembiraan mereka telah berakhir tanpa dijangka berikutan kemalamgan yang meragut nyawa aktor siri filem ‘Fast and Furious’ itu. Jasmine dilaporkan rebah setelah menerima panggilan telefon daripada saksi kemalangan itu, Jim Torp.

“Setelah mendengar panggilan telefon bahawa Paul mungkin tiada peluang untuk hidup,Jasmine serta-merta rebah ke lantai akibat terlalu sedih,” kata Torp.

Namun,Jasmine terpaksa meneruskan hidupnya dengan tabah setelah ketiadaan Paul kerana tanggungjawab membesarkan Meadow kini digalas oleh wanita itu. Malah,berita kematian Paul sampai ke pengetahuan anak perempuannya melalui Jasmine.

Kali terakhir kelibat Meadow dirakam adalah pada Rabu lalu dan remaja itu dikatakan kini berada di rumah keluarga Paul. – MyNewsHub

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -