Posted by : Anas Nazri Sunday, December 15, 2013

Anak Faezah Elai, Dealove Heyrinna

Setiap tahun pasti ada saja selebriti yang mendirikan rumah tangga. Biasalah, jodoh tidak mengenal masa. Paling menggembirakan apabila mengetahui pasangan selebriti yang baru saja melangsungkan perkahwinan telah pun mendapat berita baik, iaitu isteri telah pun hamil.

Jika dulu, untuk mengetahui berita mengenai kelahiran bayi selebriti kegemaran kita bukannya mudah. Samada diketahui esoknya melalui media cetak, atau pun dari mulut ke mulut. Tak kurang juga ada doktor atau jururawat yang balik bercerita dengan kawan-kawan mereka. Nah, tak pasal-pasal jadi cerita lain pula lepas tersebar tanpa maklumat yang sahih.

Tapi, bukan kami mahu katakan yang sumber di internet lebih tepat dari mana-mana sumber lain. Kadang-kadang ada juga kesilapan yang berlaku. Namun melalui laman-laman media sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter dan juga Keek, peminat bukan saja boleh terus berinteraksi dengan selebriti kegemaran mereka, malah boleh melihat apa yang dibuat oleh selebriti tersebut.


Contohnya, foto-foto percutian Nabila Huda dan Elfira Loy ke luar negara, artis pergi menunaikan umrah, artis berbuka bersama keluarga bekas suami, bekas isteri datang melawat anak isteri baru dan macam-macam lagi. Semuanya boleh dikongsi dan dilihat disana.

Namun, disebalik itu semua, hari ini OHBULAN memilih untuk mengumpulkan 10 pasangan selebriti bersama baby-baby mereka. Antara pasangan selebriti tersebut ialah Ayu Raudhah & Zaquan Adha, Ning Baizura Dalton, Fasha Sandha & Jejai, Faezah Elai & Heykal Hanifah, Dynas, Irma Hasmie & Redza Syah, Tomok & Ayu, Memey Suhaiza & Norman Hakim, Farid Kamil & Diana Danielle, serta Natasha Hudson & Carleed Khaza.

Pemilihan ini dibuat selepas kami selidik gambar-gambar bayi comel yang kami minati dan sehingga kini kami tidak dapat membuat keputusan siapakah yang paling comel.

Apa kata dengan bantuan anda semua, kita undi bayi selebriti manakah yang bakal menjadi bayi paling comel? Jom!


Anak Ayu Raudhah & Zaquan Adha, Muhammad Aisy Qaiser
Anak Ning Baizura, Ryan Sky Dalton
Anak Jejai & Fasha, Putera Rayfal
Anak Dynas Mokhtar, Mohamed Haqaish
Anak Irma Hasmie, Redza Syah Irfhan
Anak Natasha Hudson, Naeema Kalila
Anak Memey Suhaiza & Norman Hakim, Mohamed Darwisz

Anak Farid & Diana, nama masih dirahsiakan
Dan ya, siapa tak kenal Arrian, anak Tomok & Ayu

{ 1 comments... read them below or add one }

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -