Posted by : Unknown Sunday, December 15, 2013


Pasti sekarang tengah kecoh satu Malaysia kan pasal Lisa Surihani yang kini digelar Ratu Media Sosial kan? Untuk pengetahuan, Lisa Surihani mengungguli carta Facebook artis Malaysia apabila dia mendapat hampir 2 Juta ‘Like’. Bukan itu sahaja, dia juga berada di puncak teratas carta artis paling top di Twitter dengan lebih 500,000 ‘followers’.

Namun bukan itu yang OHBULAN! mahu tekankan disini, apa yang paling penting ialah kami sedang bayangkan jika ibu Lisa iaitu Siti Amira Ahmad masih lagi muda dan berapa juta pulakah ‘Like’ yang akan dikumpul di Facebook dan Twitter?

Bukan calang-calang orang, ibu Lisa, Puan Siti Amira Ahmad suatu ketika dahulu juga adalah seorang yang dikenali dan popular tapi kami sendiri tidak dapat pastikan apakah latar belakang sebenar Puan Siti Amira.

Anda pernah dengar majalah Sinar Zaman? Mesti ada yang pernah dan ada yang tidak kan? 

Yang pasti, untuk edisi Jun 1974, Puan Siti Amira telah menjadi ‘cover girl’ untuk majalah itu yang cuma berharga 30 Sen sahaja. Kami pasti 30 sen itu umpama RM10 sekarang kerana ia adalah 38 tahun yang lepas!

Macam mana? Siapa lagi cantik, Lisa Surihani atau ibu Lisa ketika muda? – Oh! Bulan

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -