Posted by : Anas Nazri Wednesday, December 4, 2013

Beli iPhone 4S, Tapi Dapat Lampu Picit
Penulis rasa inilah penipuan pembelian paling teruk kami pernah tengok apabila memberi barangan secara online.
Di YouTube, ada sebuah video mangsa penipuan pembelian iPhone 4S.
Pada mulanya semuanya kelihatan normal, dari segi kotak dan penerangan yang ada di luar kotak iPhone itu.
Sebaik dibuka, mangsa cuba menghidupkan iPhone tetapi tertera perkataan Low Battery yang seakan berkelip-kelip.
Menyedari sesuatu yang pelik, mangsa membuka badan telefon pintar itu dan mendapati ianya hanyalah sebuah lampu picit kecil yang berfungsi dalam rangka sebuah telefon jenama iPhone 4S.
Menurut mangsa yang berasal dari Poland, telefon iPhone ini dibeli di Turki.
Jika anda membeli telefon pintar terutamanya jika membelinya di luar negara, eloklah berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa taktik penipuan yang menyakitkan hati ini. – MyNewsHub


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -