Posted by : Unknown Sunday, December 1, 2013

Februari lalu, kecoh sekejap bila mana gambar Cico Harahap dikatakan sedang berpesta dan minum arak di Pulau Perhentian.

Cico Harahap Nafi Berparti & Minum di Pulau Perhentian, Kutip Tin

Cico yang juga putera kepada penyanyi lagenda Uji rashid ini dilihat dengan selambanya berparti memegang tin minuman keras selain bertatu di sebelah kiri bahunya.

Tidak dapat dipastikan samada ia hanya tatu sementara atau tidak, namun ia secara tidak langsung mengundang pelbagai persepsi negatif pada jejaka yang berstatus duda ini.

Cico Harahap Nafi Berparti & Minum di Pulau Perhentian, Kutip Tin

Selepas berbulan-bulan, Cico akhirnya membuka mulut mengenai perkara itu kepada portal hiburan Rotikaya.

Jelasnya, gambar itu diambil bersama peminat yang ingin bergambar dengannya sewaktu mengutip tin di bar.

“Di pulau tu, sepanjang-panjang pantai ada bar. Siang kerja kami sebagai jurulatih selam dan bila malam pula kami kerja di bar tersebut, kutip tin”

“Jadi dalam pada saya tengah kutip tin tu, ada peminat nak bergambar dengan saya. Saya pun penuhi lah permintaan mereka. Alih alih gambar tu tersebar & keluar cerita sebegitu. Saya redha sahajalah,” ujarnya.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -