- Back to Home »
- artis »
- Sharnaaz Ahmad Enggan Lagi di Kaitkan Dengan Shila Amzah
Posted by : Unknown
Sunday, December 1, 2013
Bila bererita mengenai Shila Amzah, pasti sikit sebanyak nama Sharnaaz Ahmad akan terkait jua. Walaupun sudah lama mereka berdua putus cinta, orang ramai masih tidak mampu untuk mengaitkan perhubungan mereka sebelum ini.
Terbaru apabila Johan As’ari memilih Lana Nordin dan bukannya Shila Amzah, ramai pula yang cuba menyampaikan kisah tersebut kepada Sharnaaz menerusi laman Twitter beliau.
Bengang dengan tindakan pihak tersebut, Sharnaaz mengeluarkan amaran seperti di bawah,
Sebelum ini menerusi MalaysianDigest, Sharnaaz sempat memberikan nasihat kepada Shila. Menurut Sharnaaz,
Kalau nak kata karma…, saya pernah muat naik ayat di instagram saya dulu, “Karma takes too long, I’d rather just beat the crap out of you now.#Waaaa....ganasnya ayat diaaaa...
Jadi saya tak mahu komen apa-apa. Saya pun tak ambil tahu lagi apa-apa. Entahlah. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Jujur, saya tahu fasal berita tu pun dari pengurus saya pagi tadi (semalam).
Dulu, saya pernah cakap pasal batu. Batu yang hitam kalau selalu dicuci lama-lama akan putih. Orang selalu cakap kebenaran tu lama-lama akan keluar juga. Tapi kita boleh ker terima ke kebenaran tu? Hari ni mungkin hari dia (Shila).
Jodoh tu Tuhan yang tentukan. Tapi Kalau kita tak cari, Tuhan takkan hantar dari langit. Jadi kita pun kena lah cari. Mungkin ini usaha dia kot. Tapi nampaknya tak menjadi. Jadi dia cari lah orang lain