Posted by : Unknown Monday, December 16, 2013

Cristina Suzanne Mengaku Putus Tunang
Jika sebelum ini pelakon Cristina Suzanne kelihatan seperti berdolak-dalik berhubung isu putus tunangnya, hari ini menerusi Berita Minggu, Cris tampil membuat penjelasan sebenar berhubung perkara tersebut.

Pelakon kacukan Melayu-Jerman itu mengakui dirinya sudah putus tunang namun enggan mendedahkan sebab terputusnya ikatan itu demi menjaga hati banyak pihak.

“Jodoh saya tak panjang, ikatan pertunangan saya sudah putus, itu saja yang boleh saya kongsi bersama peminat. Tarikh sebenar ikatan itu terlerai dan atas sebab apa putus, biarlah ia terus menjadi rahsia peribadi saya,” katanya memetik laporan Bi-Pop.

Cris sebelum ini merancang menamatkan zaman bujangnya pada 22 Januari depan bersempena ulangtahun kelahirannya yang ke-29.

Nampaknya impian Cris hanya tinggal kenangan, bak kata orang, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.

Cris dan bekas tunangnya, seorang ahli perniagaan, bertunang pada 13 Oktober lalu di Kuantan, Pahang dan majlisnya itu turut dihadiri rakan baik Cris, pelakon dan pengacara Hanis Zalikha. – MyNewsHub

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -