Posted by : Unknown Tuesday, December 10, 2013

Emma Maembong Tak Pasti Apa Status Hubungan Dengan Zizan Razak
Teka teki di kalangan peminat terus menyelubungi hubungan Emma Maembong & Zizan Razak ketika pasangan ini terus nafikan yang mereka menjalinkan hubungan cinta.
Dalam kenyataan terbaru kepada Harian Metro, Emma Maembong berkata beliau tidak mahu melabelkan hubungan bersama Zizan Razak sebagai pasangan kekasih kerana belum pasti pelawak itu merupakan jodoh yang tertulis untuk dirinya.
BACA: Peminat Kumpul Bukti, Emma Maembong Dan Zizan Razak Kini Sah Bercinta?
“Saya tak nak cakap dia kekasih saya & begitulah sebaliknya. Sebenarnya saya sendiri tak tahu adakah kekasih atau kami cuma kawan rapat — untuk cakap kami bercinta mungkin belum tiba masa yang sesuai”
“Lainlah kalau betul tertulis jodoh, sudah tentu kami akan berkongsi dengan semua. Selagi belum ada apa-apa, rasanya tak perlu cakap banyak mengenai hubungan ini,” jelas Emma Maembong.
Pelakon ini turut berkata yang gambar mereka bertukar minyak wangi di Instagram tidak perlu dijadikan satu isu kerana ianya perkara biasa jika seseorang menjadi kawan rapat seperti beliau & Zizan Razak ketika ini — dan ianya tidak lebih dari sekadar tanda ingatan. – Roti Kaya


Emma Maembong Tak Pasti Apa Status Hubungan Dengan Zizan Razak

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -