Posted by : Anas Nazri Tuesday, December 10, 2013

Tasha Tempah Baju Majlis Kahwin
Tanpa diduga, sekeping gambar yang dimuat naik ke laman Instagramnya tiga hari lalu mencetuskan cerita sensasi membabitkan pelakon Tasha Shilla.
Gambar yang memperlihatkan Tasha ditemani seorang lelaki, yang dikaitkan sebagai teman istimewanya, bertemu pereka fesyen, Ezuwan Ismail, berserta keterangan gambar yang tertulis Thank You @ezuwanismail itu seolah-olah menunjukkan dramatis itu seperti menempah busana untuk hari bahagianya.
Adakah Tasha dalam diam-diam sedang merancang sesuatu sebagai kejutan? Ketika dihubungi HIP, kelmarin, pelakon drama bersiri Terukir Di Bintang ini hanya tergelak besar di hujung talian saat mendengar soalan berkenaan.
Selepas bermain tarik tali dan enggan mendedahkan perkara sebenar di sebalik pertemuannya dengan pereka fesyen itu, Tasha akhirnya mengalah.
Dia mengaku memang menempah baju untuk majlis perkahwinan. Lebih mengejutkan, lelaki bernama Hen Chen yang berada di sebelahnya juga turut berbuat perkara sama.
Memang kami menempah baju dengan Ezuwan untuk majlis perkahwinan. Tetapi, bukanlah kami yang nak kahwin. Sebaliknya baju itu akan kami gayakan pada majlis persandingan Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Tema pada malam itu ialah hitam dan putih dan kami akan berpakaian sedondon. Lagipun, warna hitam memang warna kegemaran Hen Chen, katanya. – BH Online

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -