Posted by : Unknown Tuesday, December 10, 2013

Mungkin nama beliau agak asing bagi kita, namun dia adalah seorang model warganegara Malaysia. Keterujaan menjadi model mendorong beliau sehingga menjadi model majalah Playboy.

Felixia Yeap's, Bekas Model Playboy Malaysia Yang Kini Berhijab

Namun, itu semua satu ketika dulu. Kini Felixia Yeap's lebih gemar bertudung/berhijab berbanding aksi beliau sebelum ini yang suka mendedahkan tubuhnya.

Beliau mengaku beliau amat naif apabila bekerja di bidang permodelan selama ini. Malah beliau turut mengaku berasa kosong apabila sering dipergunakan oleh ramai pihak semata-mata untuk memperagakan tubuh badannya.

Akhirnya Felicia memilih untuk memperbaiki hidupnya, mendekati diri dengan tuhan dan mendalami agama.

"Saya jatuh cinta dengan baju kurung Melayu tradisional kerana ia benar-benar selesa untuk dipakai ..."


 "... Dan apabila saya melihat diri sendiri, saya rasa bebas ... saya rasa begitu gembira dan dilindungi ... saya rasa selamat ..."

"... Dan ia hampir membuat saya menangis apabila saya melihat ke dalam cermin dengan tudung biru yang saya pakai..."





Akhirnya, Felicia mengatakan beliau gembira dengan keadaannya sekarang. Felicia juga tidak kisah walaupun ramai yang pelik melihat seorang yang bukan muslim mengenakan pakaian muslimah.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -