Posted by : Unknown Monday, December 2, 2013

Gambar Porsche Remuk Milik Hero Fast And Furious Yang Maut Kemalangan
Aktor Hollywood yang terkenal dengan lakonan dalam filem The Fast and The Furious, Paul Walker, 40, meninggal dunia hari ini dalam satu kemalangan jalan raya di Santa Clarita, utara Los Angeles, California.
Laman web selebriti TMZ melaporkan, kemalangan dahsyat itu berlaku apabila kereta Porsche yang dinaiki Walker hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok sebelum terbakar dan meletup.
Walker dan pemandu Porsche dipercayai kawannya, maut di tempat kejadian.
Menurut pengendali Facebook aktor terbabit, Walker ketika itu dalam perjalanan pulang dari menghadiri majlis amal yang diadakan organisasi dinaunginya iaitu Reach Out Worldwide yang sedang mengumpul dana bagi membantu mangsa Taufan Haiyan yang melanda Filipina bulan lepas.
Di bawah, kami sertakan video terakhir yang dirakamkan krew TMZ ketika Walker masih hidup serta gambar kereta dalam kemalangan yang meragut nyawa aktor kacak tersebut. – MyNewsHub

Gambar Porsche Remuk Milik Hero Fast And Furious Yang Maut Kemalangan
Gambar Porsche Remuk Milik Hero Fast And Furious Yang Maut Kemalangan
Gambar Porsche Remuk Milik Hero Fast And Furious Yang Maut Kemalangan
Gambar Porsche Remuk Milik Hero Fast And Furious Yang Maut Kemalangan

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -