Posted by : Unknown Monday, December 2, 2013

Zen Zyker Ditawar Berseluar Dalam Saja, Bersaudara Dengan Apex?
KUALA LUMPUR : Peserta Mister Planet Malaysia 2014, Zen Zyker yang berasal dari Kelantan dan mewakili negeri Pahang menafikan ada kaitan persaudaraan dengan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex.
Pun begitu, jejaka berkelulusan perubatan ini mengakui ada menerima tawaran menjadi model seluar dalam berjenama selepas tamat menjalani ujian pertama pertandingan Mister Planet Malaysia 2014 awal November lalu.
“Saya susah sikit nak cakap pasal saya ni berdarah campuran atau pun tidak. Lagi pun, saya tidak ada tanya lebih dalam akan hal ini. Bagaimanapun, setahu saya, saya ada darah kacukan Melayu dan Siam.
“Mungkin sebab ini jugalah orang kata saya ada kaitan dengan Apex. Lagi pun, orang di Pasir Mas memang banyak berdarah kacukan Melayu dan Siam. Yang penting, saya tidak bersaudara dengan Apex.
“Memang benar, saya ada terima tawaran model seluar dalam. Tapi saya telah menolaknya secara baik. Buat masa sekarang ini, saya belum bersedia lagi untuk bergambar sebegitu kerana saya tidak mahu orang berkata negatif pada saya sebelum tamat pertandingan . Tapi saya akan pertimbangkan pada masa akan datang,” jelas Zen.
Dalam pada itu, Zen yang kini menetap di Melaka tidak bersetuju apabila dia dilabelkan sebagai peserta kegemaran juri disebabkan wajahnya yang ada iras pelakon Korea.
“Saya tidak rasa saya ada wajah Korea pun. Ini baru pertama kali saya mendengarnya. Namun, saya tidak merasakan saya peserta favorite juri atas sebab itu. Sebelum ini, saya ada menyertai pertandingan HeroRemaja dan menjadi TOP 25.
“Bagaimanapun, bukan rezeki saya pada waktu itu kerana saya kemalangan sewaktu pertandingan dijalankan. Insya-Allah, saya akan cuba sehingga berjaya menjadi TOP 7 pada pertandingan esok petang.
“Terus-terang, saya tidak nampak pun arah saya untuk menjadi penyanyi atau pun pelakon. Saya lebih ke arah model. Kalau tidak sebagai model, selepas ini saya akan terus berkerja dengan Kementerian Kesihatan kerana saya terikat dengan mereka,” ujarnya. – Murai

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -