Posted by : Anas Nazri Wednesday, December 11, 2013



Pelakon Johan As’ari mengakui gembira dengan perubahan kekasihnya, Lana Nodin yang kini sudah berjinak-jinak dengan tidak menggayakan pakaian yang kurang sopan di khalayak umum.

Sebelum ini, Lana sering kali mencetuskan kontroversi dengan pakaian seksinya malah gambarnya berbikini di Bali suatu ketika dulu hangat diperkatakan peminat industri hiburan tanah air.

“Alhamdulillah, Lana senang terima teguran. Dia sendiri berusaha untuk berubah. Pakaiannya kini lebih sopan dan dah tak pakai pewarna kuku. Saya juga ada menasihatinya untuk tidak lagi memakai skirt pendek dan dia dah berjanji tak akan memakainya. Kita semua sepatutnya bersyukur dengan perubahan dia,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Johan sebelum ini mendedahkan dia sudah pun melamar Lana pada pertemuan ketiga mereka.
Pasangan ini dilaporkan akan mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan jika tiada aral melintang.
Nama Johan sebelum ini pernah dikaitkan dengan ramai aktres antaranya Fasha Sandha, Izreen Azminda, Nabila Huda dan juga penyanyi Shila Amzah.

Manakala Lana sebelum ini mempunyai teman lelaki bangsa asing dari Republik Czech, Pavel Michalec. – MyNewsHub

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -