Posted by : Unknown Wednesday, December 4, 2013


Buatlah apa sahaja, sedikitpun peminat Justin Bieber tidak terkesan dengan apa yang dilakukan oleh bintang pop itu.
Baru-baru ini, nampaknya sikap Bieber yang sebelum ini pernah mencederakan paparazi kini diikuti pula oleh pengawalnya.

Menurut laporan Music News, insiden itu terjadi ketika Bieber berada di Sydney, Australia bagi menjayakan konsert jelajahnya.

Paparazi telah mengikut Bieber hingga ke sana untuk merakamkan apa sahaja perilaku buruk Bieber yang jelas tidak disenangi oleh penyanyi itu.

Menurut sumber yang berada di sana, Bieber telah memberitahu kepada pengawalnya untuk mengusir paparazi itu yang akhirnya membawa kepada kekerasan.

"Semua boleh mendengar saat jurufoto itu dimaki ketika dia tidak mahu beredar setelah disuruh berbuat demikian.
"Malah, ketika itu, kenderaan jurufoto itu juga telah diterajang oleh pengawal peribadi Bieber," jelasnya.
Tidak puas dengan tindakan menendang itu, pengawal peribadi Bieber mencalarkan kendearaan jurufoto itu dengan pisau namun detik itu tidak dapat dirakam.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131203/hi_03/Justin-Bieber-gaduh-lagi#ixzz2mQeVzPb3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -