Posted by : Unknown Sunday, December 15, 2013


Sebelum ini terdapat ura-ura mengatakan pelakon yang mendapat jolokan Angelina Jolie Malaysia, Kilafairy sedang menyulam cinta bersama-sama pelakon kacak dari Indonesia, Hardy Hartono.

Ini dikuatkan lagi dengan gambar-gambar seorang lelaki yang sering dikongsikan Kila menerusi akaun Instagramnya.

Namun gambar lelaki tersebut selalunya tidak ditunjukkan sehingga ke paras wajahnya sebaliknya dia lebih suka menunjukkan susuk tubuh lelaki itu dari bahagian belakang sehingga peminat membuat spekulasi bahawa jejaka yang sering bersamanya itu ialah Hardy.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Kila menafikan dirinya sedang bercinta dengan aktor tersebut sebaliknya menyifatkan hubungan mereka sebagai kawan biasa sahaja.

“Kami berkenalan secara tidak sengaja apabila Hardy meminta no pin BBM (Blackberry Messenger) saya melalui jurumekap setelah dia melihat wajah saya di akhbar. Buat masa sekarang, saya tidak pernah ada apa-apa perasaan terhadap dirinya memandangkan saya dan dia sendiri tinggal di dua negara yang berbeza dan masing-masing sibuk dengan kerjaya,” ujarnya yang dipetik menerusi portal Gua.

Bagaimanapun, anak gadis Rohana Jalil ini tidak menolak sekiranya dirinya ditakdirkan bertemu jodoh dengan aktor tersebut.

“Saya tidak menolak sekiranya jodoh saya bersama dia, tetapi berharap bukanlah dalam jangka masa terdekat ini,” katanya yang enggan terlalu memikirkan tentang percintaan di kala usianya baru berusia 21 tahun.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -