Posted by : Anas Nazri Tuesday, December 10, 2013

Lagu “Gypsy” Oleh Lady Gaga Ada Sebut MALAYSIA
Penyanyi berimej pelik Lady Gaga dalam lagu terbarunya menyebut negara Malaysia di penghujung lirik lagu tersebut.
Mungkinkah Lady Gaga terpikat dengan imej Malaysia yang memaparkan kepelbagaian budaya mirip cara imej beliau yang sukakan kepelbagaian fesyen yang unik.
Perkara itu dikesan di Facebook, di laman Naib Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Pendidikan dan Latihan Uzaidi Udanis hari ini.
Beliau turut mengaitkannya dengan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 yang bakal menjelang.
Uzaidi turut memuatnaik sekeping gambar dengan bait lirik yang terdapat nama Malaysia itu bagi memudahkan pengguna Facebook melihat di mana Lady Gaga menyebut negara Malaysia.
Bait-bait lirik lagu bertajuk Gypsy itu menyebut nama Malaysia di akhir lagu berkenaan yang berbunyi “I don’t speak German but I try Someday in Jakarta, I’m American, I’m gypsy I Bangkok, Australia, MALAYSIA, Sweden, Finland, Norway.. Be my home just for the day I’m a gypsy, gypsy, gypsy hey,”.
Kemungkinan tidak lama lagi, penyanyi yang sentiasa tampil dengan imej terbaru yang unik akan hadir ke Malaysia dan mengadakan persembahan agaknya.
Untuk rekod, Lady Gaga tidak pernah datang ataupun mengadakan persembahan di negara ini. – MyNewsHub


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -