Posted by : Unknown Tuesday, December 3, 2013

4
Jika anda masih ingat di awal perpisahan Shila Amzah dengan Sharnaaz Ahmad, penyanyi muda ini ada membuat lagu khas berdasarkan pengalaman yang dilaluinya.
Lagu yang diberi judul Masih Aku Cinta itu dipercayai merupakan luahan perasaan Shila terhadap kegagalan percintaannya dengan pelakon berkenaan.
Walaupun lagu tersebut sudah kerap kali diperdengarkan di stesen-stesen radio, namun Shila dan syarikat rakaman Warner Music Malaysia masih berhutang muzik videonya untuk tontonan peminatnya.
Sewaktu MV tersebut dipertontonkan kepada media beberapa bulan lepas, ianya masih belum siap sepenuhnya dan akan dimuat naik ke laman Youtube oleh pihak Warner.
MV Terbaru Shila Ditarik Balik Kerana Johan?
Dan sejak semalam, Shila sudah mula menggembar-gemburkan mengenai perkongsian MV tersebut di laman YouTube kendalian Warner Music Malaysia.
Bagaimanapun tidak berapa lama kemudian, pihak Warner didapati telah memadam semula MV berkenaan atas sebab masalah teknikal.
MV Terbaru Shila Ditarik Balik Kerana Johan?
Untuk pengetahuan anda, Johan As’ari merupakan watak utama di dalam Masih Aku Cinta dan menerusi lakonannya, Johan dilihat seakan bersedih selepas putus cinta dengan Shila.
Penggambaran Masih Aku Cinta telah dijalankan beberapa bulan lepas sewaktu Shila dan Johan masih berkawan baik.
Tetapi ironinya, hubungan mereka kini seakan berantakan selepas Johan mengejutkan industri hiburan tempatan dengan berita percintaannya dengan Lana Nodin.
MV Terbaru Shila Ditarik Balik Kerana Johan?
Antara sedutan babak dalam MV Masih Aku Cinta
Adakah MV tersebut ditarik semula supaya jalan ceritanya dapat diubah sedikit bersesuaian dengan situasi yang berlaku antara Johan dan Shila?

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -