Posted by : Unknown Wednesday, December 11, 2013


Jika Oktober lalu Nora dan Nadeem telah memilih Eropah sebagai destinasi percutian, kali ini mereka dipercayai memilih Thailand pula sebagai destinasi pelancongan bersama-sama.
Apa yang pasti, setiap percutian Nora pasti ditemani oleh Nadeem walau kemana saja dia pergi. Sweet kan? Rasanya, percutian merupakan salah satu cara terbaik untuk mengeratkan kasih sayang antara mereka.
Foto : Nora & Nadeem Bercuti Di Thailand?
Kiri : Nadia Danish adik Nora Danish
Semalam (9 Disember), kami difahamkan pelakon berbakat ini telahpun terbang ke sebuah destinasi yang tidak dinyatakan tempatnya bersama Nadeem untuk bercuti bersama-sama.
Meneliti setiap foto yang dipaparkan, nampaknya mereka bukan pergi bercuti berdua malah percutian kali ini turut ditemani beberapa kawan rapatnya termasuk kakak Nora, Nadia Danish dan rakan artis Betty Rahmad.
Menerusi laman Instagram miliknya, Nora sempat memuatnaik beberapa keping fotonya bersama mereka sepanjang perjalanan ke negara seberang.
Foto : Nora & Nadeem Bercuti Di Thailand?
Betty Rahmad turut sama bercuti dengan Nora
Menariknya, mereka dilihat memakai baju sedondon berwarna putih dimana baju tersebut terpampang jelas gambar Nadeem yang berkaca mata havoc.
Jika Joe Flizzow tampil dengan baju Havoc, Nadeem pula mengekalkan identiti tersendiri dengan menggunakan wajahnya sebagai corak depan baju tersebut.
Apa pun, untuk anda yang meminati Nora, disini kami kongsikan beberapa foto menarik wanita hot ini bersama rakan-rakannya.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -