Posted by : Unknown Tuesday, December 10, 2013

Pakcik Azman Kini Bergelar Duta Produk Kesihatan
 Masihkah anda ingat lagi video hangat melibatkan isteri penyerang bola sepak kebangsaan Mohd Shahrul Idlan Talaha atau Mat Yo dengan seorang pengawal keselamatan di Lapangan Terbang Subang Skypark, Azman Nayan?
Selepas insiden hangat itu heboh, banyak pihak mula mengambil kesempatan bergambar dengan pakcik Azman termasuklah artis-artis popular seperti Neelofa dan Rita Rudaini.
Malah pakcik Azman juga berlakon dengan satu drama yang telah pun ditayangkan di TV9, baru-baru ini.
Terbaru, khabarnya pakcik Azman kini sudah pun mengikat kontrak bergelar duta produk minuman kesihatan untuk lelaki.
Menurut sumber Beautiful Nara, produk minuman kesihatan itu adalah kopi berasaskan Tongkat Ali & Tribulus Terrestrisi yang boleh dibeli secara online.
Murah rezeki pakcik, itulah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.
Semoga makin murah rezeki pakcik Azman dan terus kekal sihat bertenaga menjalankan tugasnya sepanjang hari. – MyNewsHub
Pakcik Azman Kini Bergelar Duta Produk Kesihatan


Pakcik Azman Kini Bergelar Duta Produk Kesihatan

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -