- Back to Home »
- artis »
- Qi: Kalau Sudah Sayang Mesti Ada Rasa Cemburu
Posted by : Unknown
Tuesday, December 10, 2013
Kekasih pelakon Nelydia Senrose, Qi Razali menyatakan normal baginya untuk berasa cemburu di atas penyebaran gambar mesra kekasih hatinya dengan Sharnaaz baru-baru ini.
Namun, Qi mengakui salahnya kerana terlalu cepat bertindak menulis status-status berunsur cemburu di Twitter tanpa terlebih dahulu berbincang dengan Nelydia berhubung isu tersebut.
“Ia cuma salah faham dan saya cepat memberi tindak balas selepas melihat gambar-gambar tersebut. Saya salah tetapi biasalah kalau sudah sayang mesti ada rasa cemburu. Perkara macam ini tidak pernah terjadi sebelum ini. Terus-terang saya cakap semua sudah selesai,” katanya memetik laporan sebuah akhbar harian, hari ini.
Qi juga menafikan dirinya seorang yang kuat cemburu dan kini hubungannya dengan Nelydia sudah kembali baik seperti biasa.
Pelakon dan pengacara berusia 35 tahun itu juga mengatakan hubungannya dengan Sharnaaz tidak pernah berubah dingin selepas insiden itu berlaku.
Adatlah tu, kalau berpacaran dengan pelakon memang adegan mesra tidak dapat dielakkan, lebih-lebih lagi kalau mereka menjayakan watak sebagai pasangan suami isteri mahu pun kekasih.
Seharusnya sebagai seorang pelakon yang lebih senior daripada Nelydia dan Sharnaaz, Qi sepatutnya lebih memahami tuntutan kerja yang perlu dilunaskan sebagai seorang pelakon.
Tak gitu? – MyNewsHub