Posted by : Unknown Tuesday, December 3, 2013

Pelakon Zahnita Wilson Mohon Fasakh Dari Suaminya, Akui Kesilapan Berkahwin Muda
Pelakon dan model Zahnita Wilson yang sudah berkahwin selama dua tahun dan dikurniakan dua orang puteri telah memfailkan permohonan cerai secara fasakh daripada suaminya Abdul Zackery Ghouse.
Prosiding sebutan pertama kes penceraian pasangan ini akan dibacakan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 19 Disember depan.
Memetik laporan blog Beautifulnara hari ini, bagi Zahnita penceraian itu bukanlah satu akhir bagi hidupnya tetapi ia dianggap satu permulaan baru.
“Pilihan ini untuk masa depan saya dan kedua-dua anak saya, Zahrafeena dan Zasharayna membina kehidupan yang lebih cerah selepas ini. Saya tidak mahu menjadi hipokrit lagi!”
“Saya sudah memfailkan tuntutan fasakh untuk bercerai dengan suami saya pada 18 November lalu kerana kami bukan lagi ditakdirkan untuk hidup bersama. Jangan tanya kenapa tapi inilah keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak dan keluarga kami”, katanya.
Pelakon Zahnita Wilson Mohon Fasakh Dari Suaminya, Akui Kesilapan Berkahwin Muda
Zahnita mengakui rumah tangga mereka berantakan semenjak peghujung tahun 2011.
Pasangan itu juga sudah pun menghadiri sesi kaunseling sebagai langkah membetulkan keadaan.
“Sudah banyak kali saya cuba memperbaiki hubungan yang makin retak tapi tidak berjaya. Kami cuba berbincang dan pernah membawa kes ini untuk mendapatkan khidmat kaunselor perkahwinan, namun tetap gagal.
“Bukan senang untuk membuat keputusan ini, saya tidak menyesal dengan perkahwinan yang telah terbina selama tempoh lapan tahun ini. Bagaimanapun, saya menganggap mungkin kesilapan saya berkahwin terlalu muda.
“Ketika itu saya terlalu naif dan terburu-buru membuat keputusan tanpa berfikir panjang tapi syukur Alhamdulillah saya dikurniakan dua orang puteri menyerikan hidup saya selama ini.
“Saya bersedia dengan sebarang kemungkinan pada masa akan datang. Saya sedia menjadi ibu dan bapa kepada kedua-dua anak saya. Disebabkan itu saya mengambil keputusan nekad ini,” katanya. – MyNewsHub

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -